FOLLOWER !

saya rindu awak


Pernah sekali aku tanya pada dia "kenapa perlu ada perasaan rindu dekat awak ?" , "kenapa rindu ni tiada ubatnya, kan awak? " dan " apa motif sebenar saya rindu awak" ? Jawapan dia simple je "sebab awak sayang saya !! tu awak rindu saya" chingggggggggggggggggggg !! bergegar jap otak! hewhew .. .. 


Banyak benda yang buat aku teringat-ringat kisah lama , bukan setakat rindu pada kekasih hati (EX) , tapi aku terasa rindu pada kawan-kawan aku yang pernah aku rapat dulu . yang pasal kawan ni takde kena mengena dengan ayat kat atas tu ye . HARAP MAKLONGGG! EH . macammana aku nak cakap eh? nak sorok pon takboleh . nak pendam pon rasa nak MATI . alaaa macam "ditelan mati mak . diluah mati bapak" gituwww ! lebih kuranglah . senanya aku lebih rindukan kawan-kawan aku daripada ex . sebab bagi aku . EX ALWAYS EX ! wahhhh terorang putih kejap .saje aku MERAHKAN !! WARNING!! HAHA !  kawan segala-galanya bagi aku . 

Kawan sejak tadika , beralih ke menengah rendah dan menengah atas , hubungan kita tetap rapat , kemana je pergi mesti ada kau dan aku , kalau takde kompem hidup rasa sunyi . sehari takjumpa mesti rasa rindu ! mana taknya .. setiap hari gelak-gelak . luah meluah , guling-guling ! EH ! yang guling tu aku tipu! kikikikih .

Mana kau pergi sekarang ? mana kau hilang sekarang ? kenapa kau tinggalkan aku ? aku pernah menangis sebab fikirkan hal ni . mungkin orang pernah cakap " sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula sahabat baik" boleh? haha jangan pelik ye entry aku kali ni dipenuhi dengan peribahasa melayu! opss ! 

Mungkin sebab pertelingkahan yang berlaku akibat salah faham , hubungan kita terus retak sampai sekarang . Kadang2 bila ego menguasai diri , kita tidak mampu mengawal akal , cuma perasaan menakluk diri . 

serious pagi2 buta ni aku bangun sebab aku mimpi kau , aku rindu kau , aku teringin nak kita macam dulu ! aku tahu aku tulis ni pon kau takkan tahu , kau takkan baca , kau takkan amik kesah , tapi sekurang-kurangnya aku dah luahkan perasaan aku yang aku rasa . Mungkin bukan sekarang hubungan kita akan jernih kembali , takpe aku redha . tapi aku harap sangat . satu hari nanti walaupun bertahun lamanya , aku nak sangat hubungan kita kembali macam dulu . insyaallah amin :') aku rindu kau !!

P/S : menangis aku tulis entry ni :(

No comments:

Post a Comment