FOLLOWER !

D.I.Y

hey sesayang semua ,
okay korang mesti pernah nampak kalau korang hangout kat pabilion ke , sungai kaya ke (sungaiwang) , b.bintang ke mesti korang akan ternampak  manusia yang sangat awesome berpakaian dan kononnya fefeling kpop? stud dibahagian bahu lah , berbulu ayam dileher lah dengan disaluti diamond haaaa kau !! rihanna sangat !! button2 memacam color pon ada . dan mesti korang tertanya-tanya dan soalan-soalan seperti ini akan keluar :

" Katmana dorang beli baju tu ? planet mana ada jual ? selama ni aku masuk kedai2 branded2 takde pon baju camgituh "


" Gempak lah baju dia , nak jugak !!! kalau aku pakai ,confirm nenek aku kat kampung bangga "


" perhhhh artis korea lah bhai,lawa baju dia,unik ,kagum mak tengok , tapi ada jual katmana ? "




Kebanyakkan soalan yang keluar dari mulut korang is "beli katmana ? kedai apa ? branded ke idok ?tu jela kome tau !! meh aku nak habang kat hang . benda-benda tu semua boleh buat sendiri dirumah . boleh D.I.Y sendiri . maksud D.I.Y tu ialah " Do its Youself "!! in malay " kau buatlah sendiri " gituhhh hahaha !! Limited edition katanyah ! korang beli je barang2 je . senang dan murah . save duit !! ni ada contoh kemeja kosong dan dihiasi dengan button2 comel pelbagai colour :

cantik ke idak ???


Ini antara2 step2 nak buat :)





SIAP :)


P/S : barang2 seperti stud , bulu2 , button2 tu semua korang boleh dapatkan di sungei wang , ada satu kedai ni complete jual berbagai barang yang boleh korang D.I.Y ! nama kedai tu aku lupa so berazablah kau cari !! level ? hmmm lupa jugak yang pasti dekat dengan kedai 70s ! kbai !





retro of rocker fashionstyle


























Memainkan potongan yang agak sexy dan feminin membuatkan anda terpukau dengan persona rekaan-rekaaan tersebut . Mempertaruhkan corak-corak yang segar seperti flora dan fauna. Bermain dengan warna panas dan sejuk bagaikan anda dibuai mimpi indah .

Ramai remaja sekarang gemar berfesyen dan tampil berani dengan pelbagai jenis fesyen yang semakin berleluasa . Kepada yang berani dan ingin menampakkan diri menjadi ranggi dan retro . cubalah rekaan-rekaan ini . Pasti anda berpuas hati . .

Tapi awas !! jangan tersalah pilih !! :) XOXO

PENGORBANAN




 NOVEMBER 2011


" Kenapa aku boleh jatuh cinta pada kau? anehnya perasaan ini "


 Soalan itu keluar dari mulut Afzan kepada Damia , crush hatinya . 



" Awak ni jangan merepeklah , kita kan kawan , tetap akan jadi kawan , sampai bila-bila . Ingat awak , kita hanya kawan . " Damia berkata .

DISEMBER 2011

Muhammad Afzan Arryan bin Aziem , itulah nama aku . Seorang lelaki biasa dan hanyalah seorang yang bercita-cita tinggi dalam percintaan.Percintaan aku dan damia bermula hanyalah ditwitter , mula saling tegur menegur, bertukar-tukar bbpin dan nombor telefon . Mana disangka aku menyorok perasaan yang aneh , perasaan yang secara automatik berputik . Taksampai seminggu , Aku sudah terpaut dengan Damia tapi ada ketika aku terpaksa sorokkan perasaan itu terhadap Damia kerana malu .

" Nak ke dia terima aku ? aku ni layak ke untuk dia ? entah-entah dia dah ada boyfriend? takpun dah kahwin? ahhhh mengarut mengarut . apa kata aku cuba terus terang ... "

Pada satu ketika aku terpaksa berterus-terang , sejak pertama kali aku mendengar suara Damia , aku sudah mula menyukai Damia . Sebabkan hanya suara ? yesss mungkin sebab itu tapi itu hanyalah diawal perkenalan . lama-kelamaan berputik rasa cinta .

" Awak , Saya suka awak . serious tak tipu . saya serious tau "

Damia hanya tergelak besar , itu yang aku ingat . dia langsung tiada respon .
" awak jangan merepek lah . apa je ada dekat saya ni yang buat awak suka saya ? "

Pulak dah!!! . Aku yang ditanya balik . Hmm perasaan ni bukan tengok orang , bukan dia yang paksa , dia yang datang sendiri . Aku hanya mampu terdiam seketika didalam panggilan . betul ke apa yang kau buat ni Afzan??


MAC 2012

Sejak peristiwa itu sampai sekarang , aku masih memendam perasan terhadap Damia , tapi Damia langsung takmemandang aku . Dia hanyalah anggap aku sebagai kawan biasa . Tapi cara layanan Damia terhadap aku seperti pasangan kekasih , cara dia amik berat pasal aku , cara dia risau pasal aku , cara dia sayang pada aku , sebijik macam mana-mana kekasih buat ketika bercinta , tapi kenapa ? kenapa semuanya hanya begini ? Adakah ini cinta ? Cinta yang tiada ikatan ? Walaupun terseksa jiwa aku , tapi aku biarkan , sebab aku akan ikot apa yang Damia buat walaupun benda itu makan diri aku balik . Biarlah aku terseksa sekarang , biarlah aku menangis setiap hari , asalkan Damia gembira , asalkan aku boleh buat dia ketawa .

APRIL 2012

" Awak kena ingat , saya sayang awak , saya cintakan awak tapi saya takbersedia lagi dengan semua ni . Saya taktahu macammana nak cakap apa yang saya rasa tapi saya harap awak faham , awak kasi saya masa ok ? Awak , saya sayang awak sangat-sangat . Awak orang yang terbaik buat saya . awak ! kasi saya masa yer ? "

Itu kata-kata Damia yang selalu aku pegang , aku sanggup tunggu dia walau beribu tahun sekalipun . Sebenarnya aku tahu tiada masa yang lama buatku didunia ini . tapi aku pendam . . .

Beberapa minggu kemudian , aku dapat merasakan yang jarak aku dengan Damia sangat jauh . Aku risau dengan keadaan Damia sekarang . kenapa tetiba hubungan ini menjadi renggang ? kenapa ? Aku pelik dengan apa yang terjadi . Mungkin diri diselubungi rasa rindu yang kuat . Dah lama aku takcall Damia .

" Dia buat apa lah agak-agaknya katsana ? sihat ke ? dah makan ke belum ? hmm risaunya hati "

Tergerak hati aku untuk call Damia . dan semuanya bermula disini . . . .


Aku      : " Hello Damia , buatpe tu ? "

*****  : " Siapa kau ?? Tetiba call Damia ?? Aku bf dia . !! "

Aku     : " Bf ? Damia takbagitahu pon yang dia dah couple ? "

*****  : " apa kebodoh kau ni , buatpe dia nak bagitahu dekat kau , kau siapa ? bodoh!! 

Aku      : Hmm saya call Damia sebab nak tanya khabar je .

*****   : Tanya khabar tak tanya khabar . aku dengar kau rapat dengan damia . please lepas ni aku taknak kau dekat atau call dia , kalau tak nahas kau !! "


Panggilan mati dengan sendiri . . .

Perhubungan dua insan ini terhenti disitu . . . .


NOVEMBER 2012


Dah berapa bulan Damia meninggalkan Afzan begitu sahaja , sejak peristiwa boyfriendnya yang saiko itu memarahi Afzan , dia langsung takberani untuk berhubung lagi dengan Afzan . Damia sekarang sudah ditinggalkan oleh boyfriendnya akibat orang ketiga dan sekarang Damia rasa masa yang tepat untuk menjenguk dan melawat Afzan ..



3.45 petang . (isnin)


Damia        : Assalamualaikum .

Mak Afzan : Waalaikumusalam , eh Damia , mana menghilang nak ? lama makcik mencari kamu .

Damia        : Cari saya ? kenapa makcik ? Afzan mana makcik ? saya rindu dia . dah lama takjumpa 


Soalan damia terus tak dijawab . . .


Mak Afzan  : Nah ini ada surat yang Afzan tinggalkan untuk Damia . Mari ikot makcik sekejap . .


Damia hanya mampu menitiskan airmata apabila mak Afzan membawanya ditanah perkuburan tempat bersemadinya tubuh Afzan . Hanya tuhan yang tahu betapa mengigilnya tubuh Damia ketika itu apabila semua ini berlaku ,


"Afzan , MAAFKAN MIAAAAAAAAAAAAAAA !!!!! " hanya tangisan dan kekesalan yang membaluti jiwa Damia. 


" Semuanya dah terlambat Damia. Dah terlambat "



Damia membuka surat yang diberi oleh arwah Afzan kepadanya , dan surat ini bertulis :


Damia

Awak , saya nak awak tahu apa yang saya rasa bila saya dapat tahu yang selama ni awak dah berpunya . awak tahu tak apa yang saya rasa masa tu ? awak tahu ? hancur hati kita wak , hancur sehancur hancurnya . saya rela buat apa salah demi awak , saya sanggup korbankan diri saya sendiri untuk buat awak bahagia , untuk buat awak gembira , untuk buat awak tersenyum . Setiap hari saya fikir pasal awak, setiap hari saya risau pasal awak sampaikan kesihatan diri saya sendiri saya abaikan . saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila tapi ini yang saya dapat ? Yer mungkin saya yang bodoh kan awak ? Bodoh sebab tunggu awak ? Sedangkan awak pernah cakap yang kita hanya kawan tapi kenapa awak kasi saya harapan ? kenapa wak ? kenapa awak suruh saya tunggu awak kalau awak tahu awak dah berpunya ? kenapa ? Awak , awak tahu seksa jiwa ini bila dapat tahu awak dah ada yang lain , seksa jiwa ini  bila dapat tahu hati awak sebenarnya milik orang lain . Awak kejam . awak kejam !!!!! Awak . Kalau selepas ini saya hanyalah kenangan bagi awak , saya harap awak jangan hapuskan kenangan itu , saya nak sangat saya ada dalam hati awak , saya nak sangat awak jaga hati saya dalam hati awak walaupun saya tahu hati saya langsung taklayak berada dalam hati awak . Tapi awak tunaikan permintaan terakhir saya ? boleh kan awak ?

Lagi satu saya simpan dan sayang rahsiakan dari awak , Sebenarnya saya menghidapi barah otak.  Saya tunggu masa je untuk menghadap ilahi , saya takot sangat wak , saya taktahu macammana nak bagitahu awak tentang penyakit saya . Mungkin saya taknak awak risau pasal saya , Mungkin saya taknak awak menangis sebab saya . Tapi takpe dah ini dugaan saya , saya terima , saya redha dengan apa yang berlaku . Walaupun saya takdapat memiliki awak , sekurang-kurangnya saya dapat mengenali awak . kalau ini yang dinamakan PENGORBANAN , Saya terima sebab saya akan sentiasa BERKORBAN demi awak .

Awak , kalau saya dah takada nanti , awak seringlah melawat saya yer ? walaupun masa tu hanya tanah yang awak nampak tapi awak kena ingat , saya sentiasa ada disisi awak , saya sayang awak sepenuh hati saya , ingat itu ? sampai bila bila Damia . sayang saya tak akan pernah berubah . .

Yang ikhlas ,
Afzan Arryan .





P / S : Hargailah orang yang sayang pada kita , jangan buat dia menangis atau sengsara . XOXO



Cinta yang takkesampaian atau?

Memang perit kalau kita mempertahankan cinta yang kita sendiri tahu takde arah tuju, maksud lain "cinta yang langsung takde guna dan xpatut ada " . apa bodoh sangat kalau kau dah tahu cinta tu takkan boleh , kenapa tak move on je ?? why ? you're so stupid affiq!


" jangan jadi bodoh mengenang orang yang langsung takhargai kita "

" jangan jadi bodoh memperhambakan diri dengan cinta yang entah wujud entah tidak "

" Jangan jadi bodoh korbankan perasaan sendiri untuk orang yang langsung taksuka kita "

"Jangan jadi bodoh menunggu , menanti orang yang selalu sakitkan kita "

Jangan jadi bodoh lah bodohhhhh !!! "


Hati aku selalu cakap aku BODOH , patotlah aku makin bodoh !! bodoh memperhambakan diri dengan cinta . Cinta ke kalau merana ? Cinta ke kalau langsung takpernah kenal erti kasih sayang ? Cinta ke kalau sentiasa dibaluti rasa sakit dan luka ? Cinta ke kalau setiap hari kau berendam dengan airmata ? Cinta ke semua tu ??

Aku manusia biasa tetap lemah dengan semua ni , aku mengaku aku senang jatuh cinta , aku senang sayang pada orang tapi aku sukar untuk menerima cinta . tapi bila sesuatu tahap bahawa aku dapat menerimanya , aku sukar untuk melupakan , aku sukar untuk menyakitnya , aku sukar untuk melukakannya , biar diri ini jadi galang gantinya , biar diri ini jadi mangsanya , biar diri ini yang sakit , biarkannn aku rela !!

Tapi saat aku mula dan berjaya melupakan segalanya , sekecil kuman kenangan dulu akan aku buang , bayangan pun aku takkan tengok apatah lagi hendak berpaling kebelakang semua . tap aku taksanggup itu berlaku , aku taksanggup . Tapi segalanya boleh berubah dengan sekelip mata . Walaupun aku taksanggup , aku akan cuba melupakan . aku akan cuba . insyaallah !


P/S : Sekadar luahan hati seorang hamba Allah :)

just drawing :)

Today mood very the okay so i dapatlah tenangkan jiwa i ni dengan melukis ,terlintas tema abpbh baru2 ni ialah "ledakan geometri" . so inilah hasilnya :)









design just satu baju dulu , esok2 kalau rajin me lukis lagi :) #KBAI

suratan atau kebetulan ?

pernah ke korang terfikir yang korang akan jatuh cinta pada hari apa? pukul berapa ? zaman bila ? bulan apa ? umur berapa ? and blah blah blah?

yess! aku dah tahu jawapan korang! mestilah "tidak!" . Ke ada yang mempunyai ilmu yang boleh tilik masa depan ? oh merepek! takmungkin! kau ingat kau doraemon? punya pocket ajaib yang boleh keluarkan benda-benda merepek? kemonnnnnnnn!!! nonsense right? okay lets i share with you'all bout apa yang berlaku sejak beberapa hari yang lepas ! ohhh cop cop cop , i dnt think so berapa hari yang lepas but maybe berapa bulan lepas !

seriously i dnt know how to describe my feeling right now , yesss i'm confius , chingggggggggggggg!!! not confius yang bengkok tu lah nyah! maksud mak katsini perasaan mak bercampur baur , ada paham? HAHAHA :D

pernah tak kau rasa sesesuatu yang secara "TIBA-TIBA" bila melihat ciptaan tuhan? mean sesuatu rasa yang lain dari yang lain? kau macam kagum gila tengok dia? pernah tak berlaku? pernah ? yesss that my problem actually ! tetiba aku pelik kenapa aku suka sangat tengok muka dia ? takkan jatuh cinta? oh hell no wayyy!!! lambat lagi . orang tua2 cakap kalau nak menggatal bercinta kena kumpul duit banyak2 then bina kerjaya yang kukuh baru layak nak pinang anak orang kalau tak ?????? azab hidup kau! nak kasi anak orang makan pokok bunga ? minum air paip? sebab itulah kalau aku nak bercinta yang "SERIOUS" mesti kena fikir berkali-kali , itu yang serious , kalau yang takserious tu banyak kali berlaku .. oppssss :p

okay aku kalau xmerepek memang taksah ! macam aku cakapkan tadi , aku keliru dengan perasaan aku , ke ini dipanggil "miracle" ? gitttuuwwwwwwwwww !!

tapi aku takot kalau benda tu betul sebab aku berusaha menidakkan . no no no no! takboleh berlaku . but orang selalu cakap " kalau dah jodoh,kau kahwin 10kali pon kau akan kahwin jugak dengan dia?" like seriously ??????? pitam* overthinking*


tapi yang selamatnya aku pernah ternampak dia just sekali je but till now aku ingat muka dia . bhahahahaha cinta pandang pertama? ohmungkin lambat lagi! :p kbai



hey semorang!

nampak tak tajuk entry pon aku dah taktahu nak tulis apa . wowwww ada labah2 la dalam blog ni . almaklumya dah bersawang beranak tujuh keturunan blog aku ni . lama tak update..ni pon saje nk post gambar kan..nak feelingggggggggg sorang jap klah bai!