FOLLOWER !

PENGORBANAN




 NOVEMBER 2011


" Kenapa aku boleh jatuh cinta pada kau? anehnya perasaan ini "


 Soalan itu keluar dari mulut Afzan kepada Damia , crush hatinya . 



" Awak ni jangan merepeklah , kita kan kawan , tetap akan jadi kawan , sampai bila-bila . Ingat awak , kita hanya kawan . " Damia berkata .

DISEMBER 2011

Muhammad Afzan Arryan bin Aziem , itulah nama aku . Seorang lelaki biasa dan hanyalah seorang yang bercita-cita tinggi dalam percintaan.Percintaan aku dan damia bermula hanyalah ditwitter , mula saling tegur menegur, bertukar-tukar bbpin dan nombor telefon . Mana disangka aku menyorok perasaan yang aneh , perasaan yang secara automatik berputik . Taksampai seminggu , Aku sudah terpaut dengan Damia tapi ada ketika aku terpaksa sorokkan perasaan itu terhadap Damia kerana malu .

" Nak ke dia terima aku ? aku ni layak ke untuk dia ? entah-entah dia dah ada boyfriend? takpun dah kahwin? ahhhh mengarut mengarut . apa kata aku cuba terus terang ... "

Pada satu ketika aku terpaksa berterus-terang , sejak pertama kali aku mendengar suara Damia , aku sudah mula menyukai Damia . Sebabkan hanya suara ? yesss mungkin sebab itu tapi itu hanyalah diawal perkenalan . lama-kelamaan berputik rasa cinta .

" Awak , Saya suka awak . serious tak tipu . saya serious tau "

Damia hanya tergelak besar , itu yang aku ingat . dia langsung tiada respon .
" awak jangan merepek lah . apa je ada dekat saya ni yang buat awak suka saya ? "

Pulak dah!!! . Aku yang ditanya balik . Hmm perasaan ni bukan tengok orang , bukan dia yang paksa , dia yang datang sendiri . Aku hanya mampu terdiam seketika didalam panggilan . betul ke apa yang kau buat ni Afzan??


MAC 2012

Sejak peristiwa itu sampai sekarang , aku masih memendam perasan terhadap Damia , tapi Damia langsung takmemandang aku . Dia hanyalah anggap aku sebagai kawan biasa . Tapi cara layanan Damia terhadap aku seperti pasangan kekasih , cara dia amik berat pasal aku , cara dia risau pasal aku , cara dia sayang pada aku , sebijik macam mana-mana kekasih buat ketika bercinta , tapi kenapa ? kenapa semuanya hanya begini ? Adakah ini cinta ? Cinta yang tiada ikatan ? Walaupun terseksa jiwa aku , tapi aku biarkan , sebab aku akan ikot apa yang Damia buat walaupun benda itu makan diri aku balik . Biarlah aku terseksa sekarang , biarlah aku menangis setiap hari , asalkan Damia gembira , asalkan aku boleh buat dia ketawa .

APRIL 2012

" Awak kena ingat , saya sayang awak , saya cintakan awak tapi saya takbersedia lagi dengan semua ni . Saya taktahu macammana nak cakap apa yang saya rasa tapi saya harap awak faham , awak kasi saya masa ok ? Awak , saya sayang awak sangat-sangat . Awak orang yang terbaik buat saya . awak ! kasi saya masa yer ? "

Itu kata-kata Damia yang selalu aku pegang , aku sanggup tunggu dia walau beribu tahun sekalipun . Sebenarnya aku tahu tiada masa yang lama buatku didunia ini . tapi aku pendam . . .

Beberapa minggu kemudian , aku dapat merasakan yang jarak aku dengan Damia sangat jauh . Aku risau dengan keadaan Damia sekarang . kenapa tetiba hubungan ini menjadi renggang ? kenapa ? Aku pelik dengan apa yang terjadi . Mungkin diri diselubungi rasa rindu yang kuat . Dah lama aku takcall Damia .

" Dia buat apa lah agak-agaknya katsana ? sihat ke ? dah makan ke belum ? hmm risaunya hati "

Tergerak hati aku untuk call Damia . dan semuanya bermula disini . . . .


Aku      : " Hello Damia , buatpe tu ? "

*****  : " Siapa kau ?? Tetiba call Damia ?? Aku bf dia . !! "

Aku     : " Bf ? Damia takbagitahu pon yang dia dah couple ? "

*****  : " apa kebodoh kau ni , buatpe dia nak bagitahu dekat kau , kau siapa ? bodoh!! 

Aku      : Hmm saya call Damia sebab nak tanya khabar je .

*****   : Tanya khabar tak tanya khabar . aku dengar kau rapat dengan damia . please lepas ni aku taknak kau dekat atau call dia , kalau tak nahas kau !! "


Panggilan mati dengan sendiri . . .

Perhubungan dua insan ini terhenti disitu . . . .


NOVEMBER 2012


Dah berapa bulan Damia meninggalkan Afzan begitu sahaja , sejak peristiwa boyfriendnya yang saiko itu memarahi Afzan , dia langsung takberani untuk berhubung lagi dengan Afzan . Damia sekarang sudah ditinggalkan oleh boyfriendnya akibat orang ketiga dan sekarang Damia rasa masa yang tepat untuk menjenguk dan melawat Afzan ..



3.45 petang . (isnin)


Damia        : Assalamualaikum .

Mak Afzan : Waalaikumusalam , eh Damia , mana menghilang nak ? lama makcik mencari kamu .

Damia        : Cari saya ? kenapa makcik ? Afzan mana makcik ? saya rindu dia . dah lama takjumpa 


Soalan damia terus tak dijawab . . .


Mak Afzan  : Nah ini ada surat yang Afzan tinggalkan untuk Damia . Mari ikot makcik sekejap . .


Damia hanya mampu menitiskan airmata apabila mak Afzan membawanya ditanah perkuburan tempat bersemadinya tubuh Afzan . Hanya tuhan yang tahu betapa mengigilnya tubuh Damia ketika itu apabila semua ini berlaku ,


"Afzan , MAAFKAN MIAAAAAAAAAAAAAAA !!!!! " hanya tangisan dan kekesalan yang membaluti jiwa Damia. 


" Semuanya dah terlambat Damia. Dah terlambat "



Damia membuka surat yang diberi oleh arwah Afzan kepadanya , dan surat ini bertulis :


Damia

Awak , saya nak awak tahu apa yang saya rasa bila saya dapat tahu yang selama ni awak dah berpunya . awak tahu tak apa yang saya rasa masa tu ? awak tahu ? hancur hati kita wak , hancur sehancur hancurnya . saya rela buat apa salah demi awak , saya sanggup korbankan diri saya sendiri untuk buat awak bahagia , untuk buat awak gembira , untuk buat awak tersenyum . Setiap hari saya fikir pasal awak, setiap hari saya risau pasal awak sampaikan kesihatan diri saya sendiri saya abaikan . saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila tapi ini yang saya dapat ? Yer mungkin saya yang bodoh kan awak ? Bodoh sebab tunggu awak ? Sedangkan awak pernah cakap yang kita hanya kawan tapi kenapa awak kasi saya harapan ? kenapa wak ? kenapa awak suruh saya tunggu awak kalau awak tahu awak dah berpunya ? kenapa ? Awak , awak tahu seksa jiwa ini bila dapat tahu awak dah ada yang lain , seksa jiwa ini  bila dapat tahu hati awak sebenarnya milik orang lain . Awak kejam . awak kejam !!!!! Awak . Kalau selepas ini saya hanyalah kenangan bagi awak , saya harap awak jangan hapuskan kenangan itu , saya nak sangat saya ada dalam hati awak , saya nak sangat awak jaga hati saya dalam hati awak walaupun saya tahu hati saya langsung taklayak berada dalam hati awak . Tapi awak tunaikan permintaan terakhir saya ? boleh kan awak ?

Lagi satu saya simpan dan sayang rahsiakan dari awak , Sebenarnya saya menghidapi barah otak.  Saya tunggu masa je untuk menghadap ilahi , saya takot sangat wak , saya taktahu macammana nak bagitahu awak tentang penyakit saya . Mungkin saya taknak awak risau pasal saya , Mungkin saya taknak awak menangis sebab saya . Tapi takpe dah ini dugaan saya , saya terima , saya redha dengan apa yang berlaku . Walaupun saya takdapat memiliki awak , sekurang-kurangnya saya dapat mengenali awak . kalau ini yang dinamakan PENGORBANAN , Saya terima sebab saya akan sentiasa BERKORBAN demi awak .

Awak , kalau saya dah takada nanti , awak seringlah melawat saya yer ? walaupun masa tu hanya tanah yang awak nampak tapi awak kena ingat , saya sentiasa ada disisi awak , saya sayang awak sepenuh hati saya , ingat itu ? sampai bila bila Damia . sayang saya tak akan pernah berubah . .

Yang ikhlas ,
Afzan Arryan .





P / S : Hargailah orang yang sayang pada kita , jangan buat dia menangis atau sengsara . XOXO



No comments:

Post a Comment